3-Senaman-ringkas-Untuk-Tingkatkan-Nafsu-Syahwat-Lelaki
|

3 Senaman Ringkas Untuk Tingkatkan Nafsu Syahwat Lelaki

617 Kali Dibaca

Tidak dapat dinafikan prestasi anda bersama dengan pasangan dapat menghangatkan lagi dan memberi kebahagian rumah tangga..

Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, sudah tentu akan anda akan merasa rendah diri atau kurang keyakinan diri sekiranya anda tidak dapat memberikan kepuasan seksual kepada pasangan anda.

Lelaki mana yang tidak berasa malu sekiranya perkara sebegini berlaku kepada mereka.

Bukan sahaja malu bahkan tak tahu nak letak mana maruah anda sebagai lelaki.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut juga berlaku diseluruh dunia.

Dengan kata lain ini adalah masalah global! Bukannya masalah yang berlaku di Malaysia sahaja.

Ok sebelum kami teruskan dengan lebih lanjut, izinkan kami untuk mengingatkan anda tentang channel-channel kami di media sosial seperti di bawah:

Facebook Page: Rynah Care Center CGM MMT

TikTok: Master Faisal Badry

YouTube: Rynah Care Center

Instagram: Rynah Care Center CGM MMT

Telegram Channel: Tips Servis Diri Rynah Care Center

Sokongan anda di channel-channel tersebut boleh memberi semangat dan inspirasi kepada kami untuk menghasilkan content-content serta perkongsian tentang tips servis diri kepada anda.

Jangan lupa tau, sebab kami sentiasa menanti anda di sana!

Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi jom kita lihat kupasan lebih lanjut mengenai topik kita dalam artikel kali ini.

3 Senaman Ringkas Untuk Tingkatkan Nafsu Syahwat Lelaki

3-Senaman-ringkas-Untuk-Tingkatkan-Nafsu-Syahwat-Lelaki-Content

Malu kan sebagai seorang lelaki atau suami jika anda tidak dapat menunaikan nafkah batin pasangan atau isteri anda.

Tak tahu mana nak letak muka jika nafkah batin isteri anda tidak dapat anda tunaikan dengan sempurna.

Antara salah satu penyebabnya mungkin disebabkan oleh anda kurang bernafsu ketika bersama pasangan anda.

Penting untuk anda menjaga dan meningkatkan nafsu syahwat anda sebagai lelaki atau suami bagi memastikan rumahtangga anda bersama pasangan bahagia.

Berikut adalah 3 jenis senaman ringkas yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan nafsu syahwat lelaki anda.

Berjalan

Senaman berjalan merupakan salah satu senaman yang baik untuk meningkatkan nafsu syahwat lelaki.

Mengikut kajian, dengan berjalan setiap hari boleh mengurangkan 30% risiko mati pucuk.

Kerana dengan melakukan senaman berjalan, ia dapat melancarkan peredaran darah dan degupan jantung.

Apabila peredaran darah dan degupan jantung anda lancar, ia pasti akan membantu prestasi anda di ranjang.

Dengan kata lain peredaran darah pada bahagian sulit anda akan lebih lancar justeru maningkatkan lagi prestasi alat sulit anda ketika bersama dengan pasangan anda.

Berenang

Anda nak tahan lebih lama ketika bersama dengan pasangan anda?

Berenang adalah jawapannya!

Mengikut kajian daripada Universiti Harvard, lelaki yang selalu berenang boleh meningkatkan ketahanan seksual.

Ini bermakna anda boleh tahan lama di ranjang bersama pasangan anda sekiranya anda rajin berenang.

Agaknya itu sebabnya berenang ada disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W.

Antara manfaat lain yang mungkin menguntungkan anda sekiranya anda rajin berenang ialah aktiviti ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan anda.

Pengurangan berat badan juga dapat membantu meningkatkan lagi aktiviti seksual anda di ranjang.

Jadi apa tunggu lagi? Jom berenang sekarang!

Angkat Berat

Ramai yang tidak tahu yang angkat berat juga mampu untuk membantu untuk meningkatkan prestasi anda di ranjang.

Dengan melakukan senaman atau aktiviti mengangkat berat, ia membantu badan untuk meningkatkan lagi penghasilan hormon testosteron.

Di mana, hormon testosteron ini boleh membantu anda untuk meningkatkan tenaga kelelakian. Dengan kata lain ia memang membantu anda untuk lebih perform di ranjang.

Antara senaman-senaman weight lifting yang anda boleh lakukan untuk menigkatkan hormon testosteron di dalam badan anda ialah push up, sit up dan crunches.

Ia memberi kesan yang sama dengan senaman mengangkat berat tadi.

Kesimpulan

Sebenarnya anda memang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda dengan senaman-senaman ringkas seperti yang telah kami kupaskan di atas tanpa menggunakan sebarang bahan-bahan kimia atau ubat-ubatan sintetik.

Ia lebih selamat dan boleh menyihatkan tubuh badan anda. Mungkin kesannya tidaklah secepat seperti menggunakan bahan kimia atau ubat sintetik, tapi untuk jangka masa yang lama ia lebih baik daripada menggunakan ubat-ubaht atau bahan kimia tadi.

Selain dari memberi manfaat meningkatkan lagi prestasi anda di ranjang, ia juga dapat membantu untuk menyihatkan badan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk merawat atau meningkatkan lagi prestasi batin anda, anda boleh mendapatkan rawatan batin di Rynah Care Center.

Anda boleh memilih daripada servis-servis urutan batin yang kami tawarkan seperti di bawah

Rawatan-Terapi-Urutan-Batin-Cover
Kombo-Rawatan-Urut-Satu-Badan-Laras-Tulang-Batin-Cover
Kombo-Rawatan-Urut-Separuh-Badan-Laras-Tulang-Batin-Cover
Kombo-Rawatan-Swiss-Thai-Massage-Batin-Cover
Kombo-Rawatan-Swiss-Thai-Massage-Separuh-Badan-Batin-Cover

Sebarang pertanyaan mengenai rawatan di Rynah Care Center, boleh menghubungi atau Whatsapp kami di 011-56238131.

Jangan biarkan masalah batin anda melarat dan menghancurkan rumah tangga anda.

Anda berhak mendapatkan rawatan yang terbaik untuk tubuh anda.

Rawat sebelum terbambat, cegah sebelum parah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *